Saturday, October 3, 2009

Amalan berbudi bahasa

Amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat kita semakin luntur.Oleh sebab itu, anggota keluarga memainkan peranan penting dalam memupuk amalan berbudi bahasa tersebut. Jelaskan usaha-usaha yang dapat anda dan ahli keluarga anda lakukan untuk memupuk amalan bebudi bahasa.


Budi bahasaialah nilai sejagat yang menggambarkan budaya hidup dan perilaku seseorang dalam kehidupan seharian.Amalan ini berperanan sebagai pancaran budaya dan tamadun sesuatu bangsa.Oleh hal yang demikian,amalan berbudi bahasa perlu wujud dalam jiwa setiap individu dan diamalkan pada ssetiap masa.Namun begitu,amalan tersebut dalam kalangan masyarakat kita semakin luntur dari hari ke hari.Sebenarnya,diri kita dan anggota keluarga berupaya memupuk amalan berbudi bahasa yang dikesampingkan ini.

Anggota keluarga memainkan peranan yang penting dalam memupuk amalan berbudi bahasa.Menerusi penggunaan kata –kata sopan mengikut konteks yang sesuai .Penggunaan kata-kata sopan menonjolkan keperibadian penuturnya.Pertuturan yang menggunakan kata-kata sopan memang sedap didengar dan mampu meredakan emosi sseseorang yang sedang marah.

Selain itu,selaku ahli dalam anggota keluarga dan bangsa yang bertamadun kita wajib mengambil langkah untuk menyuburkan penghayatan amalan berbudi bahasa.Dengan ini,generasi muda yang memiliki sifat mulia,beradab,bersopan –santun dan saling memahami dapat dijana.Kita juga dapat mempertahankan budi pekerti yang luhur.

Kita harus mengambil langkah untuk memastikan anggota keluarga kita mengamalkan kelakuan terpuji dan amalan murni ketika berinterakasi dan menjalankan tugas.budi bahasa yang melambangkan nilai hidup yang tinggi ini dapat disemarakkan dalam kehidupan harian terutamanya ibu bapa.Untuk menggalakkan individu dan ahli keluarga yang mengamalkan budi bahasa serta usaha memperkukuh nilai tersebut dalam kehidupan kita.

Kita juga boleh mengamalkan budi bahasa sendiri dengan membantu orang buta melintasi jalan,memberi tempat duduk kepada orang tua dan wanita yang hamil semasa daalam bas atau dalam LRT dan sebagainya.Sebagai seorang anak ,kita harus barsapa kepada orang dewasa,tidak bercakap kasar kepada mereka dan tidak bercakap pada masa makan.Semasa berada di sekolah,kita harus menghormati guru-guru, membantu guru mangangkat barang dan lain-lain.

Di samping itu,pada peringkat yang lebih asas harus anak harus sentiasa dibajai dengan amalan berbudi bahasa.Penerapan nilai mulia itu dapat dilakukan oleh ibu bapa pada bila-bila masa dengan apa-apa cara sekalipun yang menepati konsep.Ibu bapa juga boleh memainkan peranan dengan memberikan perhatian yang lebih serius terhadap usaha mernanam nilai budi bahasa dalam jiwa anak supaya hal ini subur menunjangi kehidupan mereka.

Kesimpulannya,amalan berbudi bahasa dapat merapakan jurang antara lapisan masyarakat dan penting untuk mengimbangi keperluan antara nilai kehidupan dengan kualliti kemanusiaan.Oleh itu,diri,ibu bapa dan angagota keluarga berwajiban mendidik anak-anak berbudi bahasa agar kewibawaan mereka tidak dipertikaikan dan tidak wujud bangsa yang biadab.

1 comment:

  1. Hai terima kasih sebab ada karangan untuk amalan berbudi bahasa

    ReplyDelete