Saturday, October 10, 2009

Cinta Yang Kesal

Terdapat sebuah cinta yang kesal berada dalam hatiku.Perasaan tersebut telah menyebabkan saya sangat terkesal.

Alex dan aku pernah adalah kawan.Aku tidak suka akan dia kerana dia sering membuliku. Saya masaih ingat Alex meluangkan perasaannya kepadaku pada Hari Kekasih.Dia meluangkan perasaannya kepadaku melalui SMS.

Mula-mulanya,aku ingat dia bergurau denganku sahaja kerana aku tak pernah berfikir akan dia akan suka akanku..Oleh itu,aku memarahi dia jangan bergurau dengan saya pada Hari Kekasih.Dia memberitahuku bahawa dia benar-benar suka akanku.Aku membalas mesejku bahawa aku tidak percaya akan dia suka akanku.

Oleh itu,dia menelefonku dengan telefon awam kerana telefon bimbitnya sudah tiada wang.“Angel,aku benar-benar sukamu. Aku bukan bergurau denganmu.Terimalah dan percayalah aku.” “Alex,kamu sering bergurau denganku.Oleh itu,sangat susahlah bagiku untuk percayamu cinta akan aku.” “Angel,aku tak ada bergurau denganmu.Sila percayalahku.” “Tak percaya!Tak percaya!Aku takkan percaya bahawa kamu suka akanku.Lagipun ,aku tak ada perasaan cinta kepadamu.Alex,kami ialah kawan.Betulkah?” “Tak mau!Tak mau!Aku tak mau hubungan kami hanya kawan sahaja.Aku mau kamu menjadi teman wanitaku.Angel,aku sukamu,jadilah teman wanitaku.” “Kan aku telah cakap bahawa aku tak ada sebarang perasaan cinta kepadamu dan kami takkan bercinta.” “Oh,perasaan sahaja.Perasaan cinta boleh dipupuk selepas kamu bersetujui bercinta denganku.” “Kenapa kamu begitu degil?Saya berasa…berasa sangat kerunsingan sekarang.Alex,bolehkah kamu bagi masa kepadaku untuk berfikir?” “Baiklah,aku bagimu masa berfikir.Aku akan tunggu kamuAkhirnya,aku ingin memberitahu kamu bahawa aku benar-benaar suka akan kamu.Aku cinta padamu!Bye!”

Sepanjang malam itu,aku berfikir akan perkara yang berlaku pada petang.Pada malam tersebut,aku tidak dapat tidur disebabkan oleh perkara tersebut.Hari yang keesokkan,aku mengajak Alex pergi ke taman yang dekat rumahku.Malahan,aku berasa takut,aku pergi ke sana dengan seorang kawanku.

Aku tidak dapat bercakap sebarang kata ketika berada di depan dia.Aku berasa takut lalu aku lari balik ke rumah tanpa cakap sesuatu kepada dia.Kawanku memberitahu aku bahawa dia nampak sedih ketika aku lari dari situ.Aku tahu aku telah melukai dia.Selepas hari itu,dia tidak bercakap dan SMS denganku lagi.

Selepas seminggu kemudian,dia bertanya akan jawapanku.Aku memberitahu Alex bahawa aku hanya mahu menjadi kawannya sahaja.Dia tidak degil lagi,dia bersetujui jawapanku.Mestilah dia sangat sedih masa itu.Aku telah melukai dia.

Aku tidak tahu kenapa hatiku akan berasa sakit semasa dia bercakap baik kepadaku.Setiap kali aku nampak Alex,hatiku akan berdebar-debar.Aku memberitahu keadaan ini kepada kawanku.Mereka berkata bahawa aku telah jatuh cinta akan Alex.Kenapa?Kenapa selepas aku berkata hanya hendak berkawan dengan dia baru aku suka akan dia?

Aku memberitahu dia bahawa aku telah jatuh cinta kepada dia pada hari jadinya.Dia tiada sebarang perasaan gembira kerana dia sudah tiada perasaan cinta kepadaku lagi.Selepas aku memberitahu dia bahawa aku suka akan dia,dia jarang bercakap denganku.Kadang-kala,dia juga tidak pendulikan aku.Perbuatannya menyebabkan aku berasa sangat susah.Oleh itu,aku telah membuat keputusan untuk putus hubungan persahabatan antara kita.

Suatu hari,kawanku memberitahu aku bahawa Alex benar-benar suka akan aku dan bukan bergurau. Aku juga tahu bahawa Alex benar-benar sukaku dan bukan bergurau tetapi itusudah terlambat.Dia sudah mempunyai teman wanita sekarang dan aku hanya boleh menyimpan perasaan tersebut dalam hatiku sahaja…

2 comments:

  1. Saya berasa sangat letih ketika tulis karangan ini...kerana semasa saya hampir habis tulis cerita ini,saya telah salah "delete" cerita ini...oleh itu,saya mahu tulis semula lagi..>_<

    ReplyDelete
  2. macam pernah dengar awak kata cerita ini kepada saya... macam kisah tahun lepas... hmmm... awak dapat ilham dari sana???

    ReplyDelete